Friday, November 14, 2008

Madagascar 2


lebih lawak dan citer yg bagus dari no 1. jalan citer dia lebih menarik.

apa aku nak citer kan pasal filem ini erk.
yg aku suka.. cam citer P ramlee pulak.. bila geng monyet dok mintak cuti bersalin tu..


bintang : 4.25

Friday, November 7, 2008

Quantum Of Solace



bagi aku citer dia best.. aksi lebih menarik. lakonan Daniel Craig yg lebih ganas dari mane mane BOND yg pernah ada..
BOND ni yg tak der gadget. apa benda hebat yg pelik pun dia pakai.. citer ni pada HP sony ericson dia jer. byk guna kereta.. dan filem 1st bagi aku. ada ada kaitan dengan filem sebelum nyer .. biasa nyer citer BOND stand alone. yg ini tidak.. kena ambik tahu pasal filem lepas utk tgk citer ni.

bintang: 4

Monday, October 27, 2008

Tropic Thunder


citer ni BEST.. walau pun byk potong sebab terlalu byk pengunaan FUCK.
citer ni memang menarik minat aku.. memang citer aku tunggu lama ni.
tapi kecewa. bila hanya di tayang kan pda HALL yg kecik jer.. tak der HALL besar yg guna kan SOund THX.
citer pasal pelakon citer perang. yg di masuk kan ke dalam hutan.. asal nyer utk menguji dan nak lakonan mereka nampak real.. tapi apa yg di lalui ialah real.. hanya 4 dari 5 dari mereka yg sedar akan itu..
lakonan Ben Stiller[Night at the Museum] (juga pengarah),Robert Downey, Jr.[Iron Man],Jack Black [Kung Fu Panda;School of Rock] dan Tom Cruise ( aku tak sangka org botak tu ada lah dia).

bintang : 4.5

Thursday, October 16, 2008

Max Payne


aku tak main game Max Payne ni.. maka aku tak kisah sangat lah cam mana citer dia.
dari segi gambar dan cara menyampaian. OK jer.. cuma jalan citer dia kurang menarik. cam citer hanya drama .pasal seseorg yg kehilangan isteri tercinta dan mahu balas dendam.

bintang : 2 1/2

Disaster Movie


TAK BEST.. mula aku pelik apasal tiket wayang citer ni murah jer.
pastu masuk panggung.. aku sorg jer lak tu.. aku pun ber gambar dalam tu. pastu lepas luar kejab. then masuk . dari mula sampai habis. ada 4 org jer yg tgk citer tu.
OK lagi citer scary movie. tak yah ler tgk...

Tuesday, October 7, 2008

Eagle Eye

1st time pi cineleisure dan tgk wayang di sane..
Filem lakonan Shia LaBeouf , Michelle Monaghan dan Billy Bob Thornton.
aku minat konsep citer cam ni.. citer pasal komputer AKA robot .. yg ada AI yg tinggi. blajar kehidupan manusia dan boleh buat keputusan.
citer penuh aksi. non stop .. apa tah lagi lakonan Shia LaBeouf . best bila bawak watak yang mengelabah..cam dalam citer I, Robot, Disturbia dan Constantine.
citer dia lebihg kurang ngan konsep citer I, Robot.

Friday, August 29, 2008

Wednesday, August 27, 2008

Death Race


cerita yg cepat .. tanpa meleret leret ..
citer ni memang focus kan pada perlumbaan itu sahaja ..
utk aksi memang hebat ..
lakonan Jason Statham (The Transporter,War) memang ok utk filem ni .. aku dapat rasa kan dia nyer watak .. kira cam tak terpengaruh dari watak watak dia dalam filem lain ..
Tyrese Gibson(2 Fast 2 Furious,Transformers). watak psycho dia memang best .. sebab aku minat lakonan dia dalam Flight of the Phoenix ,2 Fast 2 Furious,Transformers .
maka tak der lah rugi sangat utk tgk citer ni ..

sebab aku tak rasa fill sangat pasal filem ini.

( aku minat citer yg laju laju dan lumba lumba ni)


Bintang : 7/10

Friday, August 15, 2008

WALL-E


tak der apa yg nak citer ..
citer dia best..
sangat seronok di tonton oleh seisi keluarga ..
aku tgk wayang.. bukan budak kecik yg sonok gelak .. org org tua yg dok gelak terbahak bahak..
pengembaraan yg seronok. dan "apa manusia dah buat kat dunia dan diri sendiri".

bintang : 8/10

Star Wars: The Clone Wars


Star Wars: The Clone Wars filem animasi yg di terbit kan oleh George Lucas.
citer ni berkisah antara filem Star Wars Episode II: Attack of the Clones dan Star Wars Episode III: Revenge of the Sith.
citer pasal anak Jabba the Hutt iaitu Rotta the Hutt telah di culik dari rancangan Count Dooku.
citer yg best pasal aksi nyer non stop .. hampir 80% citer nyer penuh ngan aksi jer..


bintang : 8/10

Thursday, August 7, 2008

The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor


filem arahan Rob Cohen ( pengarah citer The Fast and the Furious, XXX dan Stealth )
dan di lakonkan oleh Brendan Fraser dan Jet Li.
citer pasal maharaja HAN (lakonan jet li) yg mahu menjadi immortal (tak mati mati)
telah di sumpah menjadi batu.
then pada tahun 1947. General Ming Guo telah menghidup kan semula maharaja HAN.
then ber mula lah pengebaraan citer the mummy 3 ini.

jalan citer memula kurang paham .. tgk gaya cam kena paham kan sendiri jer .. bila anak dia dah besar . dan sebagai nyer.
aksi yg hebat.
tapi kurang keseronok kan berbanding yg no 2 punya ..
apa apa pun 7/10 bintang utk filem ini..

Friday, July 25, 2008

I'M NOT SINGLE


kenapa lah aku tgk cerita ini ..30 minit pertama aku rasa nak keluar jer panggung .. ngan dubbing sound nyer .. watak tah apa apa oelh mak ayah dia org ..
ngan gedik si awal .. sebab aku menyampah kalau tgk awal berlakon .. buat benda lain (mengacara) ok lah ..
lawak lawak jugak .. tapi dalam 25-35% jer lawak dari citer tu ..
citer best pun 20 minit terakhir ..
utk itu watak awal tu memang pecinta sejati .. melepas kan cinta nyer pergi mendapat kan suami nyer semula .. ahakxz ..
watak farid kamil yg dari mula sampa habis . selamba jer ..

ok .. raya tahun depan leh tgk kat TV citer ni

baik baik ada 1 babak lucah dan 1 aksi tgk artis yg suka melampau ..

The Dark Knight


The Dark Knight .... PERH .. filem batman paling best pernah aku tgk ..
sangat tidak mengecewakan.
joker dan two face ada dalam filem ini..
tak der apa yang nak di komen kan pasal filem ini .. cuma watak heroin dia jer yg tak menarik.
apa apa pun .. citer 140 minit itu sangat menarik .. aksi nyer bagai kan dah sampai kemuncak .. pada hal ada lagi kemuncak cerita ..

maka tak rugi tgk fiem ini .. nak tgk 2 kali kat panggung pun rasa nyer tak der masalah ..
TGK kat HALL no 2 kat OU pulak tu .. bergegar panggung ...

Friday, July 11, 2008

Hellboy II: The Golden Army


Hellboy II: The Golden Army.. bukan dari marvel komik or DC komik ..
ini adalah filem ke dua hellboy.. yg 1st saya tak tgk wayang ...
filem ni best dengan aksi dan komedi dia .. filem yg selama 2 jam ini .. memberi hiburan yg menyeronokkan ... dengan penambahan 1 karekter baik .. ala tentera jerman.
ingat kan dia double agent .. konon baik.. kemudian nyer jahat .. uper nyer sampai habis dia baik jer .. ahakxz .
ingat anakin dalam starwars ?? hellboy pun macam dia gak nanti .. tapi ni baru filem ke 2 .. sebab skrg dia tolong org .. nanti manusia akan benci dia .. dan dia akan mula mengganas dan hancur kan manusia. ( tak der dalam filem)..

pencipta karektor hellboy ada lah Mike Mignola(gambar).

Journey to the Center of the Earth


Filem Journey to the Center of the Earth adalah adaptasi dari novel Jules Verne.
Dan dilakon kan oleh Brendan Fraser(the mummy), Josh Hutcherson(Bridge to Terabithia/Zathura), and Anita Briem.

filem durasi dalam 92 minit .. kalau tgk wayang dalam 80 minit sahaja ..
cerita penuh advanture .. memang best dengan lawak Brendan Fraser.. ngan gambar 3D dan 80% filem ada lah komputer grafik. dunia yg tak pernah di pikir kan oleh org ..

mungkin lebih menarik menontonnyer dia IMAX times square ..

Thursday, July 3, 2008

HANCOCK 03.07.08

Filem Arahan Peter Berg dan dilakonkan oleh Will Smith, Jason Bateman, dan Charlize Theron.
saya tak citer jalan citer dia ... saya just komen pasal filem itu ..
1st thing .. bila tengok duration filem tu hanya 92 minit termasuk kredit dia.. maka citer dia dalam 80 minit sahaja .. itu ada lah kecewa saya yg pertama ..
bila masuk panggung . di GSC OU.. kualiti gambar dia saya kecewa kan .. tak sharp dan tak jelas dan terang.
bila tgk pada duration yg pendek tu .. dah 18SG. cerita dia mungkin cepat dan padat dengan aksi. dan itu memang ya. jalan cerita dia tak mengecewa kan. filem aksi lawak ini di bantu dengan kehebatan lakonan will smith.

maka utk dapat hiburan dalam filem ni .. maka pergi lah tgk .. saya rasa tak der rugi apa apa. dan jangan cepat bangun dari kerusi bila mula keluar kredit .. kerana ada lagi clip yang kelakar utk di tonton. tunggu lampu di bukak baru ler boleh gerak ..

Pengenalan

Blog ini saya bina utk saya bagi komen pasal filem yg saya tgk di panggung wayang.
dan filem filem yg bakal dan akan keluar pada masa hadapan.

mungkin dari sini kamu sekalian boleh menjadi kan saya sebagai rujukan kamu utk menonton atau update filem yg akan keluar atau di tayang kan..

Thursday, June 26, 2008

Kungfu Panda


Suara oleh Jack Black(Po/panda), Jackie Chan(Monkey), Dustin Hoffman(Master Shifu), Angelina Jolie(Tigress), Lucy Liu(Viper), Seth Rogen(Mantis), David Cross(Crane) and Ian McShane(Tai Lung).
cerita yang menarik utk di tonton seisi keluarga. kelakar dan berunsur kekeluargaan.

tiada apa sangat nak komen pasal ni .. jalan cerita yg menarik .. cerita yg kita tidak boleh agak apa akan berlaku..

Wanted 26.06.08


Filem yang di asas kan oleh komik (mini siri) Wantedoleh Mark Millar. filem ini di arahkan oleh Timur Bekmambetov dan di lakonkan oleh James McAvoy(yg bawa watak Mr. Tumnus dalam narnia), Morgan Freeman, dan Angelina Jolie.
boleh tahan lah citer dia . cepat . tak meleret .. di sebab kan ia citer dari komik .. maka byk lah benda yg tahyul or tak logik.. yg best pasal citer ini .. ia beri kan kita kejutan.. story line yg tak di sangka ... apa yg kita tgk dari mula dan kita percayakan ia ... rupa nyer di penghujung .. ada lah sebalik nyer ..

18 SG .. banyak aksi .. dan seronok di tonton ngan benda yg baru diperkenal kan..

ada bab masa nak bunuh org kat dalam kereta yg kalis peluru .. bab dia terbalik kan kereta itu .. itu logik bila kereta yg muncung tajam. brek dan ia akan rendah kan kereta dia . dah kereta muscle .. bila di pecut .. tayar depan akan terangkat .. dan boleh kan ia terbang melalui kereta itu ..

Thursday, May 8, 2008

Speed Racer 08.05.08


filem arahan Wachowski brothers (pengarah trilogy matrix). dan di lakon kan oleh Emile Hirsch(The Girl Next Door/Lords of Dogtown),John Goodman,Christina Ricci(Casper/Sleepy Hollow) ,Susan Sarandon,Matthew Fox(LOST).
Filem yg cukup serba serbi .. pasal keluarga, adik beradik, kerjasama, kawan kawan , semangat juang dan sebagai nyer .. harmoni.. penuh aksi .. filem yg di adaptasi dari anime Speed Racer .
filem yg penuh warna warni. memang tak rugi utk menonton nyer .. apa tah lagi dari pengarah yg hebat .. yg bawak filem ke dunia baru "matrix"..

kalau ada BLUray player .. aku akan beli bluray utk filem ini. kerana suasana dan kualiti warna VIVID dia.. perh .. sangat teruja ..